Sungguh syahdu! Penyanyi lagu “Lembah Kesepian” milik Haqiem Rusli yang tampil dengan bermain gitar bersama Leo sewaktu malam kemuncak AJL34 telah berjaya membuat para penonton sedih!

Malah, penampilan watak ayah oleh Dato’ Rosyam Nor nampaknya sangat menjadi sehingga melayakkan Haqiem Rusli meraih Anugerah Pilihan Peminat SETEL pada malam kemuncak AJL34 yang lepas.

 

Bawa Konsep Pengorbanan Seorang Bapa

Lagu Lembah Kesepian yang mengambil konsep pengorbanan seorang bapa, dimulakan dengan sedutan klip video mengenai luahan anak-anak terhadap pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah, sekaligus meruntun emosi penonton di Stadium Axiata Arena.

Kemunculan Datuk Rosyam Nor di atas pentas dengan mengeluarkan ayat-ayat yang menyentuh jiwa sambil menitiskan air mata berjaya membuatkan penonton sebak dan memahami mesej yang ingin disampaikan.

 

 

Buat korang yang tidak berkesempatan menyaksikan persembahan Haqiem Rusli dan otai Datuk Rosyam Nor, apa kata korang layan video dekat bawah ni:

 

Sumber: Youtube TV3