Pemilik nama Ridzuan Haqiem bin Rusli atau lebih dikenali sebagai Haqiem Rusli ini mula berkecimpung dalam bidang muzik sejak memasuki pertandingan nyanyian kanak-kanak Idola Kecil musim pertama dan muncul naib juara.

Namun bakat anak kelahiran Hulu Langat, Selangor ini mula dikesan sewaktu menyertai program nyanyian realiti anjuran TV3, Mentor Milenia 2016.  Haqiem yang telah menggunakan nama pentas Haq pada waktu itu telah mengikut audisi di bawah mentor, Black Hanifah atau lebih dikenali sebagai Black. 

Walau bagaimanapun nasib tidak menyebelahinya apabila Black tidak memilihnya sebagai protege pada persembahan penentuan dan telah memilih dua peserta lain iaitu Qody dan Wanie yang muncul sebagai naib juara dan pemenang tempat ketiga Mentor Milenia 2016 pada waktu itu. 

Tersingkir pada malam penentuan pemilihan protege Black bukan lah titik noktah bagi perkembangan kerjaya nyanyian Haqiem apabila dia menandatangani kontrak dan menjadi artis naungan  FMC Music (Fantasia Music City) dan telah mengeluarkan beberapa buah hit antaranya Tergantung Sepi, Segalanya dan Jatuh Bangun (duet bersama Aman Ra).

Bukan itu sahaja, lagu Tergantung Sepi berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) dan telah memenangi tempat ketiga dan pada AJL 33, lagu Jatuh Bangun bersama Aman Ra juga memasuki pertandingan akhir. 

Melihat kejayaan Haqiem menempah nama di persada seni walaupun tidak menjadi protege pilihan Black, adakah ini satu tamparan buat Black kerana telah silap percaturan apabila Haqiem lebih popular sekarang berbanding Qody dan Wanie? 

Mungkin Black tidak nampak bakat Haqiem atau Haq pada waktu itu tetapi siapa sangka yang Haqiem menjadi salah seorang artis BBNU yang lagu-lagunya menjadi ‘Hit’ dan  siulan anak-anak muda pada hari ini.

Selain itu Haqiem juga merupakan seorang komposer dan penulis lirik yang berbakat. Dia telah menghasilkan beberapa buah lagu untuk penyanyi-penyanyi lain seperti ‘Aku Sendiri’ (Sufi Rashid), ‘Pesan’ (Irfan Haris), dan ‘Tersiksa (Putera Band).  

Tak sabar nak tunggu Haqiem Rusli kembali ke pentas Mentor Milenia sebagai artis jemputan minggu ini! Saksikan Mentor Milenia 2019, Ahad ini jam 9 malam, di TV3 atau secara langsung menerusi laman YouTube TV3MALAYSIAOFFICIAL dan LIVE TV di www.xtra.com.my