Kecoh sebentar alam maya, bila pelakon Remy Ishak (37)  bertindak memadamkan semua gambar di akaun Instagram (IG) miliknya, malah juga dikatakan tidak lagi mengikuti akaun IG milik pelakon, Mira Filzah, hari ini. 

Namun, apabila ditanya oleh BH Online, Remy tidak menyifatkan tindakan memadam semua gambar di akaun media sosialnya itu sebagai sesuatu yang pelik dan berkata dia sedang melakukan ‘pembersihan’.

“Saya okey. Tiada apa-apa pun sebenarnya. Memang tengah buat kerja pembersihan. 

“Memang ada banyak benda yang nak kena ‘clear’. Apatah lagi sekarang pun sudah masuk tahun 2020,” kata pelakon Pujaan Hati Kanda itu. 

Namun demikian, dia menjelaskan bahawa dia kurang pasti mengenai alasan tidak mengikuti akaun Instagram Mira kerana dia sekarang mempunyai pasukan yang mengendalikan akaun media sosialnya termasuklah akaun Instagramnya yang mempunyai 1.5 juta pengikut.

“Bab tak ikuti akaun Instagram Mira itu saya tidak pasti.  Nanti saya periksa balik. Mungkin ada terlepas pandang…” ujar Remy. 

Desas desus mengenai hubungan mesra mereka diperkatakan apabila melihat kepada keserasian mereka apabila digandingkan dalam drama popular, Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan. 

Walau bagaimanapun, kedua-duanya menafikan bahawa mereka dilamun cinta dan baru-baru ini Mira pula mendedahkan yang dia sedang mengenali hati budi seorang jejaka bukan dari industri seni. 

Mira juga pernah menyatakan hasrat untuk berehat seketika daripada digandingkan dengan Remy, kerana ada segelintir peminat seakan tidak dapat menerima apabila dia digandingkan dengan pelakon lelaki lain seperti Ungku Ismail dan Ben Amir sehingga menimbulkan perbalahan di kalangan peminat kerana mereka mengharapkan hubungan cinta Remy dan Mira di dalam drama menjadi realiti.  

Baca: Peminat Marah Mira Filzah?

Apa pun alasan Remy untuk memadamkan semua gambar-gambarnya di Instagram, pasti dia sudah memikirkan apa yang terbaik untuk diri dan perjalanan karier seninya. Mungkin netizen risau dengan tindakan Remy kerana pelakon itu baru sahaja berdepan dengan masalah depresi.

Baca: “Mula-Mula Saya Sangkakan Depresi..Tetapi Kini Mungkin ‘Benda’ Lain.. – Remy Ishak Beri Bayangan Disihir?

Baca: Masih Menjalani Rawatan, Remy Ishak Terus Istiqomah

Tinjaun XTRA ke akaun Instagram pelakon Ombak Rindu The Series tersebut, masih tiada foto baru yang dikongsi oleh Remy. 

Kredit Foto: Instagram @remyishakfans & @mfmirafilzah