Gempa bumi kuat melanda selatan Puerto Rico pada 7 Januari pagi, kata Suruhanjaya Geologi Amerika Syarikat.

Gempa bumi pada skala 6.5 magnitud itu melanda kawasan 13.6 kilometer di selatan bandar Ponce, kata Peninjau Geologi Amerika Syarikat (USGS) yang menyemak semula bacaan awal 6.6 itu.

Ia dijangka tidak menyebabkan tsunami, kata Pusat Amaran Tsunami.

Gempa bumi pada skala 5.8 magnitud menggoncang pulau itu pada hari Isnin, meranapkan rumah dan menyebabkan gangguan kuasa, tetapi tiada korban dilaporkan. – AFP