Malam tadi bermulalah episod pertama Senang Terhibur bagi musim kedua yang turut menampilkan pengacara tetapnya, Shuk Sahar dan Jihan Muse. Menerusi persembahan pembukaan, Shuk dan Jihan sempat menyanyikan lagu berjudul Vroom Vroom yang dipopularkan oleh Nabila Razali.

Bagi episod kali ini, jihan dan Shuk turut ditemani oleh artis jemputan yang terdiri daripada barisan pelakon sitkom terkenal, Jenaka Kampung Kalut (J.K.K) iaitu Ropie, Salman dan Issey.

Lawak tanpa batasan

Kemeriahan episod kali ini dihangatkan lagi dengan cabaran pertama iaitu Whisper Challenge. Dimana artis jemputan akan meneka perkataan yang diungkapkan oleh rakan mereka untuk disampaikan kepada rakan seterusnya. Permainan ini adalah untuk menguji sejauh mana artis jemputan kita faham dan fokus dengan apa yang disampaikan.

Untuk segmen Kau Rasa, artis jemputan dan hos yang terlibat akan meneka sama ada klu yang diberikan oleh pasangan mereka berdasarkan props yang ada didalam kotak misteri itu adalah betul ataupun salah.

Manakala, cabaran seterusnya dipanggil sebagai Sketsa Beralih dimana artis jemputan bersama-sama dengan shuk diminta untuk melakonkan watak mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan drama yang telah pilih.

 

Namun, apa yang menarik perhatian adalah gelagat artis jemputan yang begitu mendapat perhatian dari rata-rata pengikut dan penonton Senang Terhibur menerusi Youtube TV3 Malaysia sehingga meraih tontonan sebanyak 26, 057 dalam masa kurang 24 jam video tersebut dimuat naik.

Pukul 3.35 pagi masih gelak layan Salman

So, jangan lupa untuk nantikan episod Senang Terhibur seterusnya pada setiap hari Ahad, jam 10 malam hanya di TV3. Atau korang boleh layan di Youtube TV3 Malaysia, tonton dan LIVE TV di www.xtra.com.my