Setelah negara kita dikejutkan dengan kematian dua rakyatnya pada petang Selasa, ramai pihak nampaknya panik dengan isu yang kian melanda negara. 

Malah, terdapat segelintir masyarakat Malaysia yang bekerja masih keliru dan risau terhadap pendapatan bulanan mereka memandangkan beberapa  syarikat mahupun premis ditutup sementara waktu bagi tujuan pencegahan Covid-19.

Sumber : Google

Oleh itu, Peguam Sumber Manusia, Firdaus Zakaria berkata, Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan berlandaskan kepada tiga akta iaitu Akta Kerja 1955, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Akta Polis 1967 yang mewajibkan pekerja agar berada di rumah.

” ianya adalah arahan untuk semua pekerja bekerja seperti biasa cuma, bekerja dari rumah. Ia bukan pelepasan cuti. Ia adalah sebagai langkah untuk mengawal pergerakan sahaja

” Dan mereka ini haruslah dibayar gaji seperti biasa. Cuma soal elaun itu adalah perkara yang berbeza kerana ia bukanlah kemestian untuk dibayar. Katanya.

Tambahnya lagi, bagi pekerjaan yang tidak boleh dilakukan dirumah seperti operator pengeluaran, pihak majikan wajib menanggung bayaran gaji untuk tempoh perintah kawalan pergerakan.

Sumber : Google

” Contohnya, pekerja kilang yang mesti berada di kilang namun susulan arahan kerajaan untuk berada di rumah. mereka perlu berada di rumah masing-masing. Mereka perlu dibayar gaji dan tidak boleh dipotong” Jelasnya.  

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumumannya menyenaraikan antara 14 sektor kritikal sahaja dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan berlangsung.