Kunang-kunang disarang tempua, sama cantik sama padan, pasangan mempelai bersatu jua.. 

Perkahwinan Tasha Shilla dan pasangannya seorang ahli kewangan, Mohd Atiq berlangsung penuh adat istiadat tradisional dengan majlis resepsi yang berlangsung di The Great Hall, Zebra Square. 

Tasha Shilla dan Atiq tampil mempesona bak mempelai diraja, menggayakan busana kuning emas tradisional melayu klasik hasil rekaan Zaimi Zulkafli.  Bertemakan kuning emas tradisional kontemporari,  pelamin dihias indah oleh reminderredwedding

Jom kita lihat foto sekitar majlis resepsi pasangan ini

 

Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan pada pagi tadi. Atiq menyerahkan mas kahwin RM800 dan sebentuk cincin, namun jumlah wang
hantaran dirahsiakan. Majlis resepsi pertama pihak perempuan akan diadakan di sebelah petang pada hari yang sama manakala resepsi kedua pihak lelaki akan diadakan pada minggu hadapan. 

Tasha telah memilih untuk menetap di Singapura bersama Atiq apabila selesai majlis persandingan lelaki. Tahniah diucapkan buat Tasha Shilla dan pasangan, semoga perkahwinan yang dibina kekal selamanya.

Kredit foto: Mahligai Cinta