Selepas beberapa kali putus cinta, pelakon jelita Emma Maembong lebih suka mendiamkan diri apabila ditanya tentang kisah cintanya. 

Namun demikian, Emma hanya mampu tersenyum apabila sering diajukan pertanyaan tentang bila dia akan menamatkan zaman bujang. 

“Hampir setiap tahun sejak dahulu lagi, gosip atau cerita nak kahwin akan muncul. 

“Bagi saya, ia umpama doa yang baik. Cuma saya malas hendak bercerita panjang.  Nanti tak jadi kahwin, akan dikecam pula.

“Macam selalu, kalau keluar gosip hendak berkahwin, saya aminkan doa itu. Dalam hal ini, saya hanya minta doa yang baik-baik,” katanya kepada BH Online. 

Sebelum ini, Emma (27) pernah dikaitkan dengan pelakon Zizan Razak, Kamal Adli dan juga Syed Abdullah iaitu abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

Baca: Ini Doa Sang Mantan Buat Emma Maembong

Baca: Emma Maembong Dah Ada Kekasih Hati?

Baca: Emma Maembong Dan Syed Abdullah, Unfollow Diri Masing-Masing?

Walau bagaimanapun kakak kepada Chacha Maembong ini tidak serik untuk bercinta dan tidak menolak andai jodoh sudah tiba. 

Terbaharu, pelakon Ajari Playboy Itu dikatakan menjalin hubungan intim dengan Noki yang juga salah seorang anggota kumpulan K-Clique. Kalau betul apa salahnya? Dua-dua sama cantik sama padan! 

 
 
 
View this post on Instagram

brother from another mother @ikhwanlee94 🌹 #emanizer #Emmamaembong @emanizers

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

 

Kredit Foto: Instagram @emma_maembongofficial