Penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein tidak dapat menahan sebak apabila melihat kelibat penyanyi Akim Ahmad datang ke majlis perkahwinannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) walaupun ketika itu para tetamu telah bersurai. 

Elly berkata pada mulanya Akim sepatutnya menyanyi pada majlis resepsinya itu, namun hajatnya tidak kesampaian apabila majlisnya bertembung dengan tarikh Showcase Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-34 yang diadakan di Taman Botani, Kuala Lumpur pada masa yang sama. 

Perkara ini dikongsikan oleh pelantun lagu Bungaku Bakawali itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya. 

“Terima kasih @akimahmad. Ada cerita sebenarnya..sangat tersentuh bila tiba-tiba nampak Akim datang. Masa tu tetamu dah balik..Suami dan kak Lina tengan buat photoshoot.

“Sebenarnya Akim di antara yang buat persembahan di malam nikah kami..dan kebetulan pula hari yang sama Akim terlibat dengan Showcase AJL. 

“Kata kak Lina dekat Stacy “takpe sayang..teruskan ke showcase AJL sebab AJL adalah tugasan..Doakan kebahagiaan buat kak Lina dan suami dari jauh pun dah cukup memadai,” tulis Elly. 

 
 
 
View this post on Instagram

Tq tq tq tq @akimahmad . Ada cerita sebenarnya..sgt tersentuh bile tiba2 nmpak Akim dtg😭😭😭😭😭😭 .. masa tu tetamu da balik .. Suami & kakak lina tgh buat photoshoot . Sebenarnya Akim di antara yg buat persembahan di malam Nikah kami .. dan kebetulan pulak hari yg sama Akim terlibat dgn Show case AJL . kata kakak lina dkat Stacy ” xpe love .. Teruskan ke show case AJL sbab AJL adalah tugasan .. Doakn kebahagiaan buat Kakak lina & Suami dari Jauh pun da cukup memadai” . Dan tiba2 ternmpak kelibat Akim dlm dewan dari Jauh .. berjln terus ke pentas dgn keadaan yg masih berpeluh😭😭😭😭😭.. rasa nak gugur air mata tgk kesungguhan Akim utk memenuhi janjinya 🙏🙏🙏🙏.. kami bersalaman Dan ambil gambar .. Akim ucapkan Tahniah buat Suami & kepom.. Kakak lina pulak , nyanyi lagu happy birthday buat Akim ..klu nak tau Birthday Akim sama date dgn date Wedding kakak lina😍😍 . Selesai bersalam ,Dan Akhir sekali Akim hulurkan hadiah Sampul putih buat kami .. Buat susah2 je Akim .. Apa2 pun Suami & kakak lina Doakn semoga Allah permudahkn urusan mu Akim .. Cuma nak bg tau, Akim & Stacy sgt baik .. berbudi bahasa, hormat org apabila berbicara.. Moga kebahagiaan milik kamu berdua Dan family.. Untung mengenali kamu berdua .. Jaga diri @akimahmad @stacyanam InsyAllah kite jumpa nnti .. kakak syg kamu berdua dik🌹

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

Justeru itu, apabila Elly terlihat kelibat Akim berada dalam dewan dari jauh, dia tidak dapat menahan sebak melihat kesungguhan Akim mengotakan janjinya untuk hadir walaupun tidak dapat menyanyi. 

Pelakon drama komedi bersiri Kampung People itu juga berkata kebetulan hari jadi Akim jatuh pada tarikh majlis pernikahannya dan dia sempat mengucapkan selamat hari jadi kepada penyanyi lagu Rampas itu dan menyanyikan lagu ‘Happy birthday’ buat Akim. 

Sebelum berlalu pergi, Akim sempat menghulurkan ‘hadiah’ buat Kak Lina Pom Pom dan suaminya Mohamad Azlan Che Nuh. 

“Buat susah-susah je Akim..Apa-apa pun suami dan kak Lina doakan semoga Allah permudahkan urusanmu Akim..

“Moga kebahagiaan milik Akim, Stacy dan keluarga..Untung mengenali kamu berdua. Kakak sayang kamu berdua dik,” tulis Elly lagi. 

Elly dan Azlan diraikan dalam majlis pernikahan dan resepsi yang begitu meriah sekali bertemakan ‘Malam Bulan Dipagar Bintang’. Kek perkahwinan mereka dikatakan setinggi 9 tingkat, siap ada air terjun! Wah! Kalau nak baca, layarilah Mahligai Cinta untuk info dan berita tentang kisah cinta, pertunangan dan perkahwinan selebriti-selebriti tanah air mahupun luar negara. 

Baca: Kek Kahwin Kristal 9 Tingkat Kak Lina Pom Pom!

Kredit Foto: Instagram @iamellymazlein @faridismproduction