Dunia semakin hari semakin tenat..

Tahun 2020 baru sahaja membuka tirai namun pelbagai tragedi besar telah berlaku dalam tahun ini. Dunia digemparkan dengan tragedi besar yang bukan sahaja telah mengorbankan ramai nyawa manusia, malah alam semulajadi dan spesies haiwan turut menjadi mangsa. Jom kita lihat antara bencana besar yang berlaku dalam tahun 2o2o.

Kebakaran hutan Australia 

Pada 14 Januari 2020, dilaporkan bahawa kebakaran hutan di Australia telah mengorbankan hampir 34 orang. Dikatakan hampir 28.6 juta hektar tanah terbakar, 5900 bangunan dan 2799 rumah ranap dalam kebakaran ini. 

Namun, apa yang lebih parah spesies haiwan terancam seperti Koala dan Kanggaru mencatatkan kematian yang paling tinggi. Hampir 1 billion spesies terancam ini dilaporkan terkorban dalam kebakaran ini. 

Novel Coronavirus, Wuhan

Wabak Coronavirus mula melanda bandar Wuhan di negara China dan beberapa wilayah seperti Guangdong. Dikatakan berpunca daripada virus daripada sup kelawar dan beberapa jenis binatang eksotik yang dijual di Pasar Huanan, Wuhan. Coronavirus ini turut dikatakan berpunca daripada tabiat makan pelik penduduk Wuhan seperti sup kelawar, ular, tikus hidup dan sebagainya. 

Setakat ini, dilaporkan hampir 5,000 inidividu disahkan dijangkiti Coronavirus dan jumlah ini semakin bertambah. Thailand, Malaysia, Singapura, Jerman merupakan antara negara yang disahkan positif Coronavirus. 

Gempa bumi di Cuba, Jamaica

Tahun 2020 turut menggemparkan dunia dengan satu gempa bumi bermagnitud 7.7 yang menggegarkan kepulauan Carribean antara Jamaica dan Cuba. 

Menurut laporan yang dikeluarkan Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat, gegaran gempa bumi itu dikatakan mempunyai kedalaman 10 kilometer dan dapat dirasai gegarannya sehingga ke Amerika Syarikat. Gegaran tersebut turut dirasai di beberapa wilayah termasuk Guantanamo dan timur Santiago de Cuba, Cienfuegos dan barat laut Havana.

Putera Harry Dan Meghan Markle berundur daripada keluarga diraja Britain

Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle mengejutkan dunia apabila pasangan suami isteri itu mengumumkan untuk meninggalkan  insitusi keluarga diraja Britain. Menerusi laman rasmi Instagram mereka, Harry dan Meghan berhasrat untuk menjana pendapatan hidup sendiri dan meneruskan kehidupan secara berdikari tanpa bergantung harap kepada keluarga diraja. 

Pasangan diraja penuh kontroversi itu juga turut merancang untuk menetap di Amerika Utara bersama putera sulung mereka, Archie Mountbatten. Lantaran itu, pasangan suami isteri itu juga dikatakan tidak lagi menggunakan  gelaran HRH (His/Her Royal Highness).

Belalang gurun paling dasyat serang Somalia, Afrika Timur

Dari satu tragedi ke satu tragedi besar melanda dunia. Terbaru, Somalia dilaporkan menghadapi serangan Belalang gurun yang paling dasyat sepanjang tempoh 25 tahun. Difahamkan serangan itu memusnahkan hampir 70,000 hektar tanah sekaligus memberi kesan kepada bekalan makanan penduduk setempat. 

Menerusi laporan, serangan belalang gurun itu dijangka boleh memusnahkan jumlah tanaman yang sangat besar yang menjadi sumber makanan kepada 2,500 penduduk. Lebih merisaukan, belalang pemusnah itu dijangka bakal meningkat 500 kali ganda menjelang bulan Jun.

Diharapkan segala bencana dan isu kontroversi yang berlaku ini tidak berpanjangan. Yang paling penting, kita kena percaya setiap apa yang berlaku pastinya ada hikmah dan pengajaran buat semua. 

Kredit foto: Google