Budak Flat, Bangun!

Bahagian korus pada lagu Bangun ciptaan Aman Ra nampaknya berjaya menghiburkan Stadium Axiata Arena yang turut sing along semasa persembahannya.

Tampil bertenaga, Aman Ra kelihatan memukau penggemar muzik rap dan hip hop apabila mempertontonkan lagu “Bangun” dengan cara yang berbeza.

Persembahan Aman Ra dimulakan dengan sedutan video yang memaparkan kisah hidup budak flat yang ingin bangkit daripada kehidupan lalu.

Kemudiannya, kemunculan Aman Ra dengan berpakaian seperti pemuzik era 60-an bersama motor Honda Ex 50 telah berjaya bikin penonton di Axiata Arena hype pada awal persembahannya. Kalau korang tengok, memang sempoi habis!

 

 

Bangun ciptaan Aman Ra dan Navigator berjaya merangkul Naib Johan dengan membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai RM35,000.

Kalau korang tidak berkesempatan menyaksikan persembahan Aman Ra pada malam AJL34 lalu, nah Xtra belanja sikit persembahan penuh bertenaga oleh Aman Ra:

 

 

Haa, korang rasa macam mana persembahan Aman Ra

Buat korang yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan kesemua persembahan finalis secara LIVE, jangan risau! Korang boleh saksikannya di laman Youtube TV3 Malaysia Official. Enjoy!

Sumber: Youtube TV3