Tak habis lagi dengan isu dera kank-kanak!

Pelajar berusia 10 tahun ini menceritakan kejadian yang berlaku kepada adiknya yang berusia 9 tahun itu apabila melihat adiknya yang disuruh baring dan kemudian dirotan berkali-kali oleh salah seorang tenaga pengajar di sebuah pusat tahfiz di Jalan Sungai Korok sejak sebulan lalu.

” Saya nampak adik kena pukul dengan ustaz. Dia disuruh baring dan dirotan berkali-kali. Sebelum ini adik bersekolah di sekolah (rendah) biasa, kemudian adik ditukarkan ke sekolah tahfiz”.

Sebelum ini, adiknya pernah mengadu dipukul oleh guru terbabit dengan alasan dia tidak dapat menghafaz Al-quran dengan baik sebelum memaklumkannya kepada ibu mereka.

Sumber : Google

Dan susulan kejadian tersebut, ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Aida berkata, suaminya sudah memklumkan perkara tersebut kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Kota Setar selepas mengetahui kes penderaan anaknya itu.

” Habis belakang badan dan punggungnya lebam dan berbirat dipukul. Sebagai Ibu, saya terima kalau pukulan itu bertujuan untuk mengajar atau mendidik tetapi jangan sampai cedera teruk macam itu” Katanya.

Tambahnya lagi, anaknya itu kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejak Rabu lalu. Dan, turut diberi rawatan kaunseling oleh Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Difahamkan, tenaga pengajar berkenaan sudah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes insiden terbabit. 

Sumber : Harian Metro