Pemergian pelakon Ashraf Sinclair ke rahmatullah bulan ini masih meninggalkan kesan yang mendalam buat insan-insan terdekat dengan beliaunya. Perginya tidak terduga, kehilangannya tidak terganti.

Terbaru, setelah berkabung saat pemergiannya, isteri kepada Ashraf iaitu Bunga Citra Lestari kembali muncul di atas pentas nyanyia dan membuat persembahan Friday Fusion di SQ Dome.

Ternyata, ketika mendedangkan lagu Cinta Sejati BCL tidak mampu menahan sebak. Malah BCL turut memberitahu penonton yang hadir bahawa setahun yang lalu beliau membuat persembahan di tempat yang sama ditemani oleh arwah suaminya. Tempat itu sangat bermakna lantaran memori dan nostalgia sewaktu mereka bersama.

Rata-rata peminat yang sempat merakam persembahan BCL turut tidak dapat menahan air mata melihat reaksinya ketika menyanyi.

“Dia minta maaf sekarang boleh nyanyi lagu yang happy je, tak mampu nyanyi lagu sedih-sedih, teringat Ashraf”

           “Dia wanita kuat”

         “Nak nangis tengok”

Peminat turut mengagumi komitmen dan sikap BCL yang sungguh professional meskipun baru sahaja berdepan dengan kematian suami. Mungkin kalau kita di tempat BCL, kita tak mampu jadi sekuat dan setabah itu. Buat BCL dan keluarga, semoga terus kekal sabar dan tabah. Sesungguhnya, setiap kehilangan itu pasti ada hikmah buat kita semua. 

Sumber: Twitter