Pemergian Ashraf Sinclair pada 18 Februari lalu semestinya membuatkan Bunga Citra Lestari atau BCL masih berduka.

Meskipun masih diselimuti duka dan kesedihan, Bunga masih tetap profesional apabila baru-baru ini kembali menyanyi semasa konsertnya pada Jumaat lalu. Terbaharu, BCL juga muncul sebagai artis jemputan di Konsert Ronan Keating di Grand Ballroom Pullman Hotel Central park, Jakarta Barat pada hari berikutnya.

Namun, apa yang menjadi tumpuan penonton yang hadir ketika itu adalah penampilah anaknya, Noah yang hadir untuk menemani dan memberi sokongan buat ibu kesayangannya.

 

 

Malah, terdapat sebuah video rakaman yang dimuatnaik di Instagram yang menunjukkan Noah sedang mengiringi ibunya sambil memegang erat tangan Bunga ketika menuju laluan ke pentas. Walaupun masih kecil, namun Noah tetap tersenyum dan kuat apabila hadir memberi sokongan buat ibunya. Kamu kuat Noah!

 

 
 
 
View this post on Instagram

Jalan sangat panjang untuk menuju stage panggung Always support @bclsinclair

A post shared by bcliciouskalsel (@bcliciousbanjarmasin) on

 

Duduk Bersama Sahabat BCL

Noah dilihat duduk bersama rakan-rakan BCL di bahagian tempat duduk penonton. Rata-rata netizen memuji reaksi dan semangat Noah yang terus menyokong ibunya ketika BCL sedang menyanyi.

 

 

Sungguh kuat keluarga ini. Semoga mereka dilindungi Allah s.w.t selalu.