“Terima kasih Dr. Amalina! Kami memerlukan rujukan yang sahih!”

Dr. Amalina—sebuah nama yang sekarang boleh dikatakan agak popular di media sosial disebabkan oleh tweet-tweet beliau yang ilmiah—juga terkenal terima kasih kepada cara beliau debunking segala khabar-khabar angin mengenai kesihatan dan perubatan yang menjadi tular melalui media moden.

credit: Instagram

Belakangan ini, Dr. Amalina sendiri mengumumkan melalui Twitter peribadi beliau bahawa beliau sekarang berada dalam proses untuk memulakan sebuah website tersendirinya, khas untuk diisi dengan informasi mengenai kesihatan umum serta blog menceritakan isu-isu kesihatan terkini.

Dinamakan sebagai “Ask Dr. Amalina”, laman sesawang tersebut merupakan cabang baru beliau untuk berinteraksi dengan para pembaca mengenai pengalaman dan ilmu yang beliau miliki.

Sebelum ini beliau memanglah selalu berkongsi isi pengetahuan perubatan dan fakta-fakta saintifik melalui media sosial beliau, tetapi beliau tekad untuk kembangkan semangat tersebut melalui medium yang baru, iaitu melalui website “Ask Dr. Amalina”.

Dalam bebenang Tweet tersebut, beliau juga ketengahkan bahawa laman sesawang beliau bukanlah sebuah platform Q&A untuk menjawab segala persoalan anda semua, tetapi menjadi medium beliau untuk berkongsi ilmu pengetahuan untuk para pembaca.

Tapi apa-apa pun, memang kita support Dr. Amalina!

Mungkin website ini berpotensi untuk mendidik anak Malaysia untuk lebih semangat untuk belajar lebih terperinci dalam bidang perubatan.