Tidak kurang daripada 24 jam lagu terbaru daripada kumpulan Indie, Bunkface iaitu Akhir Zaman dikeluarkan, single tersebut kini trending dan hangat diperkatakan di laman sosial.

Lagu yang berjudul Akhir Zaman itu kini menjadi topik bualan netizen kerana liriknya yang dilihat berani menyentuh sensitivit masyarakat terutama golongan homoseksual, LGBT. Kandungan lirik tersebut yang mengandungi pengunaan bahasa yang agak kesat turut menyebabkan segelentir netizen menjadi “triggered”. 

Bukan itu sahaja, malah kumpulan ini turut menyentuh mengenai isu politik dalam karya terbaru mereka. Permulaan lirik lagu Akhir Zaman juga mengambil petikan daripada surah Al-Kafirum, antara bait lirik tersebut berbunyi:

Sejak semalam, laman Twitter dibanjiri dengan komen-komen netizen yang dilihat mengutuk dan tidak kurang juga yang menyokong Bunkface.

“Bila Allah dah kata benda haram, haramlah”

“Fuh, salute Bunkface”

      “That ‘LGBT, boleh pergi mampus is kinda harsh”

“Dalam lagu ada makna, hadam baik2 karya ini”

Buat korang yang belum tengok video muzik mereka, tonton video di bawah: