Masuk hari ketiga pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bagi membendung penularan Covid-19, ini mungkin berita baik buat seluruh rakyat Malaysia apabila Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan diskaun bil elektrik akan diberi kepada semua pengguna elektrik bagi tempoh enam bulan bermula 1 April hingga 30 September.

Memetik laporan Harian Metro, pemberian diskaun bil elektrik sebanyak dua peratus itu adalah bagi membantu meringankan beban rakyat, berikutan kesan penularan Covid-19.

Sumber : Google

Menurut Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, kerajaan bersetuju untuk memberi diskaun 15 peratus bagi penggunaan elektrik kepada enam sektor perniagaan terpilih, iaitu hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, kompleks beli-belah, pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah

“Diskaun 15 peratus ini membabitkan kira-kira 10,000 pemilik akaun daripada enam sektor perniagaan terpilih yang mengguna pakai Tarif Perdagangan sahaja.

“Pemberian diskaun bagi tempoh ini juga akan memberi impak pengurangan bil elektrik RM40 juta bagi Semenanjung, RM20 juta bagi Sabah dan RM8.5 juta bagi Sarawak,” Katanya.

Pemberian diskaun ini diumumkan secara berperingkat melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Negara 2020 (PRE 2020) dan juga melalui pengumuman dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi pada 16 Mac 2020.