Seramai 3, 570  penduduk Simpang Renggam diarahkan berkurung dalam rumah susulan peningkatan kes yang tinggi di kawasan berkenaan.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dua kampung berkenaan adalah Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid. 

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini berkuatkuasa pada Khamis sehingga 9 April membabitkan  seramai 3, 570 penduduk tempatan dan 650 buah keluarga yang terlibat.

Sumber : Google

Tambahnya lagi, semua penduduk tempatan dan pelawat yang berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.

“Semua aktiviti perniagaan dihentikan. Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk tempatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD dan semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

“Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan,” 

Sumber : xtra.com.my

Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan Covid-19 daripada menular keluar dari kawasan itu.

“Sebanyak 61 kes dari Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid, mengambil kira jumlah kes yang tinggi di dua kawasan itu kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan PKPD,” Katanya.

Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 07-7735224 / 07-7722434.

Untuk maklumat terkini mengenai Covid-19, jangan lupa saksikan Buletin Utama di TV3 pada jam 8 malam.