SEORANG jururawat pelatih telah disahkan menjadi mangsa Covid-19 terbaharu di Malaysia! Jururawat pelatih yang berusia 20 tahun itu merupakan salah seorang daripada empat kes terbaharu di Malaysia yang dicatatakan sejak Ahad lepas (1 Mac 2020).

Jururawat pelatih tersebut dikhabarkan sedang menjalani latihan praktikal dan mengendalikan kes Covid-19 yang ke 24 di sebuah hospital swasta. 

Kredit Foto: Azlan Zamhari

Menurut sumber portal tempatan, jururawat pelatih tersebut merawat pesakit Covid-19 yang ke 24 tanpa menggunakan sebarang alat perlindungan diri. Mangsa mengendalikan kes Covid-19 pada 21 dan 22 Februari dan mula mengalami gejala batuk pada 27 Februari lalu. Selepas melakukan ujian saringan Covid-19, dia telah disahkan positif wabak itu. 

Dalam satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh oleh Ketua Pengarah Kesihatan, jururawat pelatih itu telah dihantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani rawatan lanjut.

Dalam pada masa yang sama, pihak kesihatan swasta diarahkan supaya memperketatkan persediaan yang maksimum bagi mengawal penyebaran Covid-19. Segala pemantauan, strategi, pengesahan awal, dan penjagaan kuarantin haruslah diperketatkan. 

Pastikan korang jaga kesihatan diri ye. Jangan lupa untuk menggunakan topeng muka jika berada di kawasan terbuka dan sentiasa memakai hand sanitizer.