Umum mengetahui negara Sepanyol merupakan antara negara Eropah kedua paling teruk selepas mencatat kira-kira 8,000 kes dan 297 kematian. Perintah berkurung juga dikenakan hampir di seluruh negara berkenaan wabak ini sejak minggu lalu sebagai langkah penyekatan terhadap penularan wabak tersebut.

Terbaharu, jurulatih bola sepak Sepanyol yang berusia 21 tahun iaitu Francisco Garcia dilaporkan telah meninggal dunia disebabkan wabak Covid-19.

Turut Menghidap Penyakit Leukemia

Doktor juga mengesahkan Garcia yang mengendalikan pasukan junior kelab yang berpangkalan di Malaga, Atletico Portada Alta itu turut menghidap penyakit leukemia.

Garcia dikejarkan ke hospital selepas mempunyai simptom penyakit berkenaan. 

Doktor mengesahkan Garcia mungkin boleh selamat jika tidak mempunyai sebarang tanda-tanda awal penyakit kronik. Garcia dipercayai adalah mangsa paling muda dan kelima di wilayah Malaga meninggal dunia akibat wabak itu.

Akhbar Sepanyol, El Mundo melaporkan, sebelum ini Garcia tidak mengetahui mempunyai penyakit leukemia sehinggalah dia di bawa ke hospital kerana simptom koronavirus.

“Dia ke hospital kerana menyangkakan dia mengalami demam panas namun mereka dapat mengesan dia menghidap radang paru-paru.

“Doktor melakukan pelbagai ujian untuk mengesahkan sama ada dia positif koronavirus, namun dalam masa sama dia juga menghidap leukemia. Dia bertarung nyawa beberapa hari dan akhirnya meninggal dunia kelmarin,” kata sumber kepada akhbar berkenaan.

Pasukannya memberi penghormatan terakhir dengan membuat pengumuman di media sosial.

“Kami dari Atletico Portada Alta ingin mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan-rakan dan saudara-mara jurulatih Francisco Garcia yang meninggalkan kita semua,” jelas kelab berkenaan.

Apa-apa pun diingatkan sekali lagi supaya setiap individu mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai topeng muka dan hand sanitizer di tempat awam sebagai langkah pencegahan daripada merebaknya wabak Koronavirus.

Untuk maklumat lanjut dan info serta perkembangan terkini, korang boleh saksikan di TV3 dan Youtube Buletin Utama.

Xtra careful guys!

Sumber: Harian Metro