Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kes kematian hari ini di Muar,Johor  sekali gus menjadikan jumlah kematian di negara ini menjadi 17 kes. 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah , kes terkini membabitkan kes ke-1,251 jangkitan iaitu seorang warganegara Malaysia berusia 66 tahun yang menghidap beberapa penyakit kronik.

Mangsa yang tidak diberitahu jantinanya ini mula menunjukkan beberapa gejala seminggu sebelum dimasukkan Hospital Sultanah Fatimah, Muar pada 20 Mac lalu. 

Menurut sumber, keadaan magsa sudah kritikal sewaktu tiba di Jabatan Unit Kecemasan dan memerlukan bantuan penafasan pada hari yang sama. Mangsa disahkan positif Covid-19 pada 21 Mac.

Namun kesihatan mangsa semakin merosot  dari hari ke hari dan disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020 jam 4.10 pagi. 

Ujar Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Facebook miliknya,  punca kematian masih lagi disiasat.