Kecoh di laman media sosial berkenaan satu keping gambar tular yang menjadi perhatian netizen baru-baru ini.

Foto tersebut tidak lain tidak bukan merupakan penampilan pengasas produk kosmetik, Dato’ Seri Dr. Hajah Vida atau DSV bersama anak perempuannya, Cik B yang menjadi penghias muka hadapan Majalah Nona!

Menerusi penampilan Cik B untuk keluaran Majalah Nona Edisi Mac yang dimuat naik oleh DSV di Instagram miliknya, beliau tidak habis memuji kecantikan Cik B dan membidas individu yang pernah mengutuk anaknya.

“Mana makcik bawang yang selalu kutuk Cik B? Tengok gambar ni. Meroyan ke? Bernanah? Cik B cantik weyyy. Sila hadam ye. Kau mampu?,” tulis DSV.

 

 

Siapa sangka, walaupun baru sahaja berusia 15 tahun,  pemilik nama Nur Edlynn Zamilleen bin Muhammad Amin atau lebih mesra disapa dengan panggilan Cik B ini mampu pose seperti model kan?

Berpenampilan anggun dengan busana dress labuh oleh AMAZE yang serba hitam berkilauan bersama rambut yang dilepaskan, penampilan ala model itu juga turut menerima sentuhan Ayang Kamell yang menggunakan solekan ‘smokey’ dan lipstick berwarna merah jambu. Memang cantik sangat!

Terdahulu, ramai yang memberi kritikan kepada Cik B mengenai warna kulitnya dan gaya lebih santai dan tidak feminin seperti ibunya. 

 

 

Rata-rata ramai rakan artis dan juga netizen yang membanjiri ruangan komen Instagram DSV dengan pujian dan kata-kata semangat buat Cik B.

 

“See My Level”

“She Kill It!”

 

“Cik B Cantik Dengan Cara Tersendiri”

 

 

 

Dato’ Seri Vida atau nama sebenarnya Dato’ Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman kini tinggal bersama 2 orang anaknya iaitu Cik B (15 tahun), Kacak atau Mohamad Eric Zaquan (13 tahun). DSV juga turut menjaga seorang anak angkat yang bernama Amanda.

Apa-apapun Cik B bukan sahaja havoc, malah cantik mengalahkan ibunya!

Sumber foto: Instagram Dato’ Sri Vida, Instagram Cik B