Ternyata cacat penglihatan bukan ujian sebaliknya satu anugerah  Tuhan..

Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan baru sahaja melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Qari Qayyim dari Kelantan dinobatkan sebagai Juara pada kali ini. 

Buta bukan ujian sebaliknya satu anugerah, guna Al-Quran Braille 

Walaupun menggunakan Al-Quran Braille, ramai yang tersentuh hati saat mendengar Qari Qayyim memperdengarkan bacaan kalimah suci Al Quran. Ternyata, Qayyim berjaya membuktikan bahawa cacat penglihatan bukanlah merupakan suatu ujian sebaliknya anugerah dari Tuhan kerana beliau berjaya merangkul johan.  

                                                

“Alhamdulillah, beruntung kedua orang tuanya”

Rata-rata netizen turut terpegun melihat kelunakan suara dan kejayaan anak muda ini. Walaupun di usia yang sangat muda, beliau berjaya meraih kejayaan yang luar biasa. Semoga qari Qayyim terus istiqamah dalam memperjuangkan kalimah suci Al-Quran.