Wah, akhirnya!

Setelah agak lama menyepi, Bunkface kini tampil dengan single terbaharu mereka berjudul, Akhir Zaman. 

Single kali ini mengisahkan tentang keadaan semasa termasuklah isu terkini yang terjadi di Malaysia dan  yang terjadi disekeliling kita. Manakala, lirik lagu ini ditulis sepenuhnya oleh vokalis kumpulan mereka iaitu, Sam. 

Sumber : Instagram @bunkfaceband

” Kami mendengar suara peminat dan rakyat Malaysia dan sudah menjadi tugas kami untuk menyampaikan suara-suara tersebut

” Jadi ini adalah cara kami menyuarakan isu-isu yang  benar dengan pendapat yang betul demi agama , rakyat dan negara kita, Malaysia.” Katanya.

Selain itu, walaupun baru sahaja dimuat naik, video muzik lirik Akhir Zaman telahpun trending nombor dua di Malaysia. Dan, sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih 39, 532 tontonan.