Memang profesional!

Itu yang dapat disimpulkan apabila Bunga Citra Lestari (BCL) nekad untuk kembali bekerja pada Sabtu ini sempena konsert penyanyi antarabangsa, Ronan Keating pada Sabtu ini. Acara tersebut bakal berlangsung di Pullman Central Park, Jakarta Barat.

Walaupun umum mengetahui, BCL masih dalam fasa berduka akibat kehilangan suaminya pada Selasa lalu, namun beliau tetap memastikan dirinya sentiasa profesional dalam pekerjaan.

Artikel Berkaitan : [VIDEO] Jenazah Ashraf Sinclair Kini Dibawa Ke Rumah

Sumber : Insatgarm @bclsinclair

BCL bakal berkolaborasi bersama Ronan Keating dan Christian Bautista

 
 
 
View this post on Instagram

Really Looking forward to performing in Jakarta this Saturday. Info & tickets @fullcolorparty www.fullcolorentertainment.com

A post shared by Ronan Keating (@rokeating) on

Menurut penganjur beliau, BCL akan berkolaborasi bersama Ronan Keating dan Christian Bautista pada konsert tersebut.

” Ya, BCL telah mengesahkan akan meneruskan persembahan. Walaupun sedang berduka, BCL memastikan dirinya profesional dan tetap akan tampil pada konsert itu memandangkan BCL sudah mengenali Ronan Keating sejak tahun 1990-an” Kata Rizky.

Tambahnya lagi, BCL sedang membuat persiapan kerana akan membawakan beberapa buah lagu secara solo dan duet bersama artis pada malam tersebut. 

Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan kematian Ashraf Sinclair iaitu suami BCL pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung.

Artikel Berkaitan : “Amat Berat Untuk Kami Terima” Ibu Ashraf Sinclair Luah Rasa Sedih

[VIDEO] Bunga Citra Lestari Akhirnya Buka Mulut Tentang Pemergian Suami Tercinta

[TERKINI] Bunga Citra Lestari Kembali Ziarah Pusara Suami Tercinta