Pencapaian anak muda berbakat besar ini dalam usia yang masih muda memang patut dibanggakan. Mana taknya, baru berusia 23 tahun, Naim Daniel sudah mampu untuk memiliki rumah banglo sendiri berkat kerja keras beliau sepanjang bergelar anak seni.

Berkongsi benda baik, apa salahnya?

Sebelum ini, Naim juga pernah berkongsi gambar pertama kali beliau memiliki motorsikal. Namun, itu bukanlah bermakna Naim sengaja mahu menunjuk-nunjuk atau berlagak, tetapi beliau hanya mahu berkongsi berita gembira kepada followers dan peminatnya sahaja. 

 
 
 
View this post on Instagram

Alhamdulillah for my very first bike ever ! Here’s to more advanture ! 🏍🏍🏍🏍🏍🏍 #knowknowarrived

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Bagaimanapun, Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin menegaskan, beliau membeli rumah dalam usia yang masih muda bukanlah sebab beliau mahu menamatkan zaman bujang dalam masa yang terdekat, tetapi ia adalah sebagai reward buat dirinya sendiri.

 
 
 
View this post on Instagram

Allahuakbar. SEMBAH // ND ( featuring. @man.keedal ) LINK ON MY BIO #sembahxnaim

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

 

Nak pinang anak orang

“Nak pinang anak orang pun perlukan duit”

Menurut pemenang #AJL34 menerusi lagu Sumpah ini, rumah tersebut memang dibeli untuk diri sendiri. Dan sehingga perancangan untuk menamatkan zaman bujang belum dibuat, beliau hanya mahu memberikan fokus sepenuhnya terhadap karier beliau.

” Alhamdulillah, rumah itu saya memang beli untuk diri sendiri sebab rumah keluarga sudah ada di Melaka. 

“Saya beli bukan untuk berkahwin perancangan ke arah itu pun belum ada lagi. Nak pinang anak dara orang pun perlukan duit. Jadi buat masa kini saya fokus pada karier seni.

Terdahulu, Naim berkongsi gambar rumah baru beliau menerusi akaun instagram miliknya dan rata-rata rakan artis serta followers beliau teruja dan bangga dengan pencapaian Naim.

Wah, apapun semoga pencapaian Naim Daniel ini sedikit sebanyak menjadi inspirasi buat peminat-peminatnya.