Bukan calang-calang juara AJL 34 ni!

Meskipun baru menginjak usia muda, namun kejayaan penyanyi yang baru memasuki usia 22 tahun ini sememangnya wajar dicontohi. Di sebalik kontroversi demi kontroversi yang dialaminya, usaha murni Naim Daniel dalam memertabatkan tulisan jawi seharusnya wajar dibanggakan. 

Terbaru, tindakan Juara AJL 34 ini yang menggunakan tulisan jawi dalam muzik video terbarunya iaitu Sembah telah mendapat penghargaan istimewa daripada Dewan Bahasa Pustaka (DBP). 

Menerusi laman Instagramnya, Naim telah memuatnaik foto tersebut beserta kapsyen menzahirkan perasaan gembira dengan perkara itu dan menganggap ianya sebagai suatu penghargaan yang cukup besar buatnya.

Rata-rata peminat dan rakan artis turut mengucapkan tahniah buat penyanyi muda itu malah Naim turut meminta semua peminatnya untuk terus memberi sokongan terhadap lagu barunya di semua platform digital. 

Menerusi perkara itu, DBP juga berharap lebih ramai lagi individu yang akan tampil dalam memartabatkan tulisan jawi ini. Muzik video tersebut kini hampir mencecah 1.9 juta sebaik sahaja dilancarkan. 

Dalam pada itu, penyanyi ini juga telah berkongsi satu lagi berita gembira apabila buat pertama kalinya berjaya membeli sebuah kediaman  hasil titik peluhnya sendiri. Wah! memang idola..

Tahniah buat Naim Daniel, semoga lebih ramai lagi penyanyi muda yang akan mengikut jejak langkah dan usaha murni Naim Daniel.