Bukan semua lelaki atau wanita boleh menerima situasi selepas penceraian dengan baik. Apa lagi apabila bekas pasangan mereka sudah menemui pengganti dan berkahwin lagi.

Bagi diva terkenal Indonesia, Kris Dayanti, meskipun sudah bercerai dengan bekas suami, Anang Hermansyah, dia tetap bersahabat baik sehingga kini.

Bukan hanya Anang, malah Kris Dayanti juga menjalin hubungan baik dengan isteri Anang, penyanyi Ashanty. 

Menerusi sebuah entri di Instagramnya, Kris Dayanti yang lebih mesra dipanggil KD ini memuatnaik sekeping gambar bersama Ashanty.

“Kekeluargaan tidak perlu bersaing kerana kita mempunyai tanggungjawab sama. Apa yang penting adalah kasih sayang dan sokongan terhadap anak-anak,” tulisnya.

 
 
 
View this post on Instagram

parenting is not competition ,we are all in the same side . The side that loves and support our children . . . @ashanty_ash

A post shared by KD (@krisdayantilemos) on

Rata-rata pengikut KD memuji persahabatan dua penyanyi terkenal Indonesia ini yang dilihat boleh dijadikan contoh buat semua.

 

Untuk rekod, Kris Dayanti pernah berkahwin dengan Anang selama 13 tahun sebelum mengambil keputusan bercerai pada September 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Aurel atau nama sebenarnya, Aurel dan Azreil.

Kemudian, Anang berkahwin dengan penyanyi, Ashanty pada Mei 2012 dan dikurniakan dua anak iaitu Arsy Addara dan Arsya Akbar. 

Sementara itu, pada 2011, KD berkahwin dengan ahli perniagaan Timor Leste, Raul Lamos dan dikurniakan anak perempuan diberi nama Arianna Amora dan Kellen Alexander Lemos.

Terbaiklah, KD!