Hubungan pasangan suami isteri selebriti Blake Lively dan suaminya, pelakon Deadpool, Ryan Reynolds mungkin adalah yang paling ideal di Hollywood terutama sekali bila ramai teman-teman artis yang berkahwin akhirnya bercerai. 

Blake yang baru sahaja melahirkan anak mereka yang ketiga, memuatnaik satu foto di akaun instagramnya @blakelively bagi mengucapkan selamat harijadi kepada suaminya, Ryan (43 tahun). 

“I picked a good one. Happy birthday @vancityreynolds,” tulisnya ringkas tetapi apa yang sangat melucukan ialah foto itu menunjukkan dia sedang mengorek hidung suaminya!

 

 
 
 
View this post on Instagram

I picked a good one. Happy birthday @vancityreynolds 🎈

A post shared by Blake Lively (@blakelively) on

Mungkinkah ini balasan kepada perbuatan Ryan  yang berkongsi gambar-gambar Blake yang ‘aneh’  tapi lucu sewaktu mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada isterinya beberapa bulan lepas? Apa-apa pun pasangan ini memang terkenal dengan sifat mereka yang  gemar berjenaka dan mengenakan antara satu sama lain. 

 

Untuk rekod, mereka pertama kali bekerja sama ketika berlakon di dalam filem Green Lantern dan mula menjalinkan hubungan  pada 2011 selepas Ryan bercerai dengan pelakon Scarlett Johansson dan Blake pula putus hubungan dengan pelakon Penn Badgley, yang sama- sama berlakon dengannya di dalam drama siri “Gossip Girls”.

Hasil daripada perkahwinan sejak tahun 2012 mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu James (4 1/2 tahun), Inez (2 1/2 tahun) dan yang terbaru seorang bayi perempuan yang baru saja dilahirkan pada bulan Ogos lalu yang mana namanya masih dirahsiakan.

 

Sumber foto: Instagram @blakelively & @vancityreynolds