Memandangkan pelbagai jenis penyakit muncul di tahun 2020, ini antara usaha yang dilakukan oleh Doktor Broderick untuk mencari penawar kepada penularan penyakit merbahaya.

Menurut saintis British, Dr Kate Broderick, beliau sanggup bekerja lebih masa dengan hanya mencukupkan tidur selama dua jam sehari demi menghasilkan vaksin yang boleh melawan jangkitan wabak koronavirus baharu.

Ambil Masa Selama 3 Jam

Menurut Broderick, beliau mengambil masa selama tiga jam untuk menghasilkan vaksin berkenaan dan dibantu kumpulan penyelidik daripada syarikat farmaseutikal  yang berpangkalan di San Diego.

Dr. Broderick dalam usaha mencari vaksin untuk melawan jangkitan wabak Koronavirus.

Dan, bagi menguji keberkesanannya, Broderick menjalankan uji kaji terhadap tikus dan tikus belanda.

” Saya rela menghabiskan seluruh hidup untuk membawa perubahan terutamanya ketika berlakunya wabak ini. Saya juga sanggup melakukan apa sahaja termasuk tidur dua jam sehari untuk memastikan apa yang diusahakan ini berjaya” Katanya.

Usaha ini telah dijalankan sejak 20 tahun

Projek penghasilan vaksin itu dilakukan demi masyarakat dan kesinambungan usaha beliau semenjak 20 tahun lalu bagi memerangi penyakit berjangkit seperti Ebola, Zika, dan sindrom pernafasan Asia Barat (MERS).

Sumber : Google

Malah, pasukan ini juga telah menerima geran berjumlah 7.5 juta pound sterling atau RM 40.56 juta daripada Gabungan Inovasi Kesiapsiagaan Wabak yang disokong oleh Bill Gates.

” Apa yang menakutkan adalah, bagaimana seseorang boleh keluar makan malam dan bertemu rakan tanpa sedar yang mereka menyebarkan virus itu secara tidak langsung 

Apapun diharap usaha ini dapat menghasilkan keajaiban dan penawar bagi  penularan penyakit merbahaya abad ini.