Perkhidmatan tren antara negeri dan bandar akan dihentikan buat seketika!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Kamarulzaman Zainal Abidin, hanya dua daripada 8 perkhidmatan tren antara bandar yang akan beroperasi iaitu Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM berkuatkuasa pada Selasa sehingga Perintah Kawalan Pergerakan ini tamat.

“Perkhidmatan Ekspres Rakyat Timuran, Ekspres Selatan dan Shuttle Tebrau dihentikan sepenuhnya sehingga tamat tempoh perintah itu.

 “Operasi KTM komuter pula akan dikurangkan kepada 49 perkhidmatan sehari bagi sektor Lembah Klang dan utara,”

Sumber : Google

Manakala, perkhidmatan tren Skypark Link antara stesen KL Sentral dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang akan turut dikurangkan kepada empat berbanding 8 larian sehari sebelum ini.

Tambahnya lagi, larian tren perlu diteruskan bagi mengambil kira keperluan khusus termasuklah makanan serta pergerakan kakitangan pelbagai perkhidmatan yang terlibat dalam penguatkuasaan ini.

“Perkhidmatan beberapa tren masih perlu diteruskan mengambil kira keperluan khusus termasuk penghantaran bahan perubatan dan makanan serta pergerakan kakitangan pelbagai perkhidmatan penting yang terbabit dalam penguatkuasaan perintah ketika ini.

Sumber : Google

“Penumpang boleh membuat pindaan tarikh perjalanan di kaunter atau pembatalan tiket menerusi laman sesawang www.ktmb.com.my,” katanya.

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut berkenaan operasi tren boleh menghubungi terus pusat panggilan KTMB di talian 03-22671200.

Dn, untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai Covid-19, jangan lupa menonton Buletin Utama, pada jam 8 malam hanya di TV3.