Siapa yang tidak kenal dengan Han Byul, jejaka Korea Selatan yang menyandang gelaran juara menerusi program Big Stage Musim Kedua?

Pemilik nama Jang Han Byul yang popular menerusi lagu Luka dan Bahagia itu nampaknya semakin menempa nama di Malaysia selepas kejuaraannya pada program tersebut.

Terbaharu, jejaka Korea Selatan berusia 30 tahun itu telah memuat naik sebuah foto menerusi laman Instagram miliknya yang menunjukkan dua buah buku latihan Rampaian Bahasa Melayu Tahun Satu untuk memantapkan penggunaan Bahasa Melayu beliau. Wow, Daebak!

“Start off my journey to super Bahasa Melayu,” ucapnya.

 

 
 
 
View this post on Instagram

Start off my journey to super bahasa melayu 🤗 🔥

A post shared by HANBYUL (@onestarbyul) on

Posting pemilik lagu Luka dan Bahagia tersebut juga telah dibanjiri oleh komen para netizen yang memberi ucapan sokongan buat Han Byul.

“Belajar Rajin-Rajin Supaya Cepat Fasih Berbahasa Melayu”

 

 

“Sekolah Mana Tu?”

Apa-apa pun, Xtra ucapkan selamat berjaya buat Han Byul! Lepasni bolehlah bercakap dengan peminat dalam Bahasa Melayu kan?

Sumber foto: Instagram Han Byul