Dato’ AC Mizal memaklumkan melalui perkongsian Instagramnya bahawa salah seorang anggota 4U2C, Nirwan Irwan Siari (44) atau dikenali sebagai One 2, baru sahaja meninggal dunia hari ini. 

“Salam semua, baru dapat berita bahawa sahabat saya, ahli kumpulan 4U2C baru je meninggal dunia, sedih terakat aku bro, dengan pemergian kau, teringat aku zaman kita 4U2C dulu..

”Allah lebih menyayangi kau. Semoga kau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman,” ungkap AC.


Menurut laporan BH Online, adik kepada Allahyarham berkata Allahyarham menghidap penyakit batuk kering (tuberculosis) dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur sejak dua hari lepas selepas mengadu sesak nafas.

”Dua tahun lalu arwah disahkan menghidap batuk kering dan ia kembal menyerang…Doktor sahkan jangkitan sudah merebak ke paru-paru, selain masalah jantung membengkak. 

“Tahap kesihatannya semakin menurun hingga terpaksa ditidurkan.  Sepanjang dua hari, arwah hanya bergantung kepada alat bantuan penafasan.  Kami reda kerana Allah lebih menyayanginya,” katanya. 

Jenazah Allahyarham Nirwan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan  Islam Taman Keramat, hari ini. 

Tazkiah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham ke atas pemergiannya dan semoga rohnya dicucuri rahmat.