Sebulan telah berlalu sejak pemergian Ashraf Sinclair,  adiknya Adam Sinclair dan Aishah Sinclair muncul di laman sosial meluahkan perasaan rindu buat pelakon itu namun peminat masih ternanti-nanti akan kemunculan isterinya, Bunga Citra Lestari di laman Instagram. 

Terbaru, sempena sambutan ulang tahunnya, buat pertama kali nya BCL kembali muncul di Instagram dan memuat naik mengenai status kehidupannya setelah pemergian Ashraf.

Ucapan ringkas BCL  mengundang perasaan sebak buat para peminat yang membacanya. Menerusi Instastory yang dimuatnaik BCL mengucapkan terima kasih buat semua yang telah memberikannya kekuatan. 

BCL turut meluahkan perasaaan bersyukur dikelilingi kaum keluarga, sahabat dan para peminat yang tidak jemu menyokongnya. Mengakui bahawa kehilangan Ashraf tidak mudah untuk dirinya namun penyanyi berusia 37 tahun itu berjanji akan terus menguatkan semangat.

BCL juga sempat meminta agar para peminat menitipkan doa buat arwah suami tercinta dan berpesan agar semua orang menjaga diri dan berada di rumah dalam waktu genting ini. Kami mendoakan semoga BCL sekeluarga berada dalam keadaan selamat terutama dan terus kuat walau apa jua yang berlaku. 

Kredit: Instagram BCL