Takziah kami ucapkan kepada penyanyi dan pelakon Farahdhiya yang kehilangan ayahnya yang tercinta, Mohd Amin Zubir petang tadi. 

Memetik laporan BH Online, Mohd Amin menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 11. 55 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada usia 68 tahun. 

Arwah menghidapi masalah Sekatan Pulmonari Kronik (COPD), iaitu penyakit paru-paru yang mempengaruhi pernafasannya kerana tabiah merokok, sejak lima tahun lalu. 

 Menurut Farahdhiya, keadaan bapanya baik-baik sahaja sebelum meninggal dunia. 
 
“Cuma, selepas sarapan, dia mengalami sesak nafas.  Saya terus menghubungi ambulans untuk membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.  Namun, sebaik sahaja tiba di hospital, bapa sudah tiada lagi. 
 
“Sepanjang arwah menghidap penyakit berkenaan, dia sering keluar masuk hospital. 
 
“Saya reda dengan pemergiannya kerana selama ini, saya jarang berenggang dengannya.  Dialah nyawa saya. Setiap pagi, memang dialah orang pertama yang saya cari di bilik tidurnya.  Sayalah juga yang bertanya jika dia hendak makan atau apa sahaja kemahuannya,” kata pelantun lagu Yang Ku Puja itu.
 
Di antara rakan terawal yang berkongsi berita sedih ini itu adalah temannya, Yatie menerusi Instagram miliknya @yatiekitchen. 

 Kami dari team XTRA berdoa semoga Farahdhiya tabah dengan dugaan ini dan mendoakan semoga roh arwah bapanya dicucuri rahmat.