Bapa Allahyarham Ashraf Sinclair sempat berkongsi perbualan terakhir bersama anaknya itu sebelum mendapat khabar duka dalam masa 24 jam tentang berita pemergian Ashraf.

” Ashraf sempat berhubung dengan saya sehari sebelum pemergiannya, dia cerita pengalamannya yang luar biasa semasa menghadiri satu acara fesyen di New York

Sumber : xtra.com.my

Hasrat tak kesampaian

Sumber : google

Bapanya Mohamed Anthony John Sinclair memberitahu, Allahyarham anaknya itu berhasrat membawanya mengembara ke Scotland pada musim panas tahun hadapan. 

Namun, kini semuanya hanya tinggal kenangan, apabila dimaklumkan anaknya itu telah pergi buat selamanya pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung.

” Arwah berkata dia bertemu seorang lelaki inggeris yang berkongsi pengalaman membawa bapanya bercuti di Scotland, lalu dia pun meluahkan hasratnya itu untuk membawa saya mengembara ke negara itu pada musim panas tahun depan. Tetapi, semuanya hanya tinggal kenangan kerana dia telah pergi buat selamanya” Katanya.

Anthony dan ahli keluarga ditemui pada majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat buat Allahyarham Ashraf Sinclair yang diadakan di Masjid Al-Ghufran pada Khamis.

Untuk menyaksikan bagaimana suasana pilu menyelubungi keluarga ini, jangan lupa saksikan Melodi pada setiap hari Ahad, jam 12 tengahari di TV3.