Debaran #AJL34 kian terasa, walaupun hanya berbaki empat hari sahaja lagi, pastinya sudah ramai peminat setia mendapatkan tiket masing-masing. Mengetengahkan tema Warna-Warna Suara yang bakal diterjemahkan didalam persembahan, #AJL34 semestinya mencetuskan fenomena luar biasa!

Justeru itu, Geng Pagi Hot yang dianggotai oleh Fizie, Shuib dan Syuk mengambil inspirasi daripada  #dudewithsign sambil berjalan ke merata tempat sebagai tanda sokongan kepada anugerah paling berprestij ini.

Sanggup berpanas demi #AJL34

Sumber : Instagram @hotfm976

Malah, rata-rata ayat yang ditulis diatas potongan kotak itu adalah mesej yang selalu diutarakan terutamanya buat peminat tegar AJL. Gigih betul Syuk dan Shuib ni kan?

Zetty pun nak join jugak!

 

 
 
 
View this post on Instagram

Ada sesiapa yang sudi teman Zetty? Tapi ticket beli sendiri! 😜😜 @zetty_hotfm #AJL34

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on

Selain Geng Pagi Hot, sempat lagi Zetty join troll  #dudewithsign ni kan? Demi #AJL34, apa salahnya sokong kawan-kawan berkempen.

Selain itu, gambar yang dimuat naik oleh Zetty menerusi akaun instagram HotFM ini sekaligus mendapat komen lucu daripada  followers mereka. 

Malah muat naik ini telahpun mendapat 12,126 likes dari followers HotFM. Wow!

Amboi, komen abang ni pun mesti ramai yang sentap nanti!

Yang penting, muat naik ini telahpun mendapat 12,126 likes dari followers HotFM tau!

Dapat tiket AJL FREE, lepas tu nak jugak lalu Red Carpet!

Amboi! Siapa kat sini ada member macam ni? Tapi, memang kenyataan pun. Bak kata peribahasa melayu ‘ Diberi betis, nak peha’. Jadi ini antara perkara sebenar yang melanda masyarakat kita ye. Padu!

Dan ini antara video yang sempat dirakam kan ketika Geng Pagi Hot melakukan kempen ini.