Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat dikira berjaya membawa watak seorang gadis yang menderita penyakit bipolar disorder di dalam drama rantaian terbaharu lakonannya, Cindai apabila menerima pelbagai jenis reaksi masyarakat yang kurang senang dengan watak yang dibawanya sehingga kan kotak mesej dihujani mesej peribadi di Instagram. 

“Saya paparkan realiti kehidupan sebenar.  Orang luar harus tahu ramai golongan bipolar disorder yang menderita di sebalik kegembiraan. 

“Ada  yang gelar saya persis watak Chucky dalam filem Child’s Play dan Joker.  Ada juga yang menghantar komen bukan-bukan dengan mengatakan saya wanita psiko dan gila. 

“Saya juga menerima mesej daripada pesakit bipolar disorder yang mengakui terganggu dengan watak yang saya bawakan itu.  Niat saya hanya satu iaitu nak memberi pendedahan mengenai penyakit ini. 

“Jika ada yang membenci atau geram saya tak boleh nak buat apa.  Saya sedaya upaya membawakan watak itu dengan sebaik mungkin hingga saya mengalami kecederaan ketika penggambaran,” katanya kepada Harian Metro. 

Ayda mengakui watak Cindai merupakan salah satu watak yang paling sukar untuk dibawanya dan dia cuba sedaya upaya untuk menyelami perasaan Cindai sebagai seorang pesakit yang mengalami gangguan jiwa supaya ia dapat membuat mata dan minda penonton terhadap mereka yang menderita penyakit ini. 

“Ia antara watak yang sukar untuk saya bawakan setakat ini.  Saya tidak hanya perlu menjadi Cindai yang sering dibuli dan disisihkan tetapi perlu melalui fasa hidup yang berlainan zaman dewasanya. 

“Sebenarnya ramai yang mengalami penyakit ini.  Jika tidak dirawat, lama-kelamaan ia boleh mengancam nyawa dan melakukan hal yang bukan-bukan. 

“Saya berterima kasih kepada pihak produksi dan stesen televisyen kerana mengetengahkan mengenai penyakit itu untuk memberi pengajaran kepada penonton,” katanya yang turut menjelaskan kondisi seorang pesakit bipolar disorder melalui sebuah entri di Instagramnya. 

 
 
 
View this post on Instagram

😏 . Trending today! Semua dalam #Cindai ada dark side? Comment! Panas cerita harini. Kat twitter macam nak meletop! Mind blow, plot twist. Sakit otak tak tengok? Salah Cindai ke? 😏 . Nampak macam baik, tapi kena baik-baik. Nampak baik hati, tapi kena hati-hati. . ______________________________________________________________ . BIPOLAR DISORDER : . Manic : Ciri & gejala yang muncul dari gangguan bipolar – . 1. Berasa terlalu bahagia dan bersemangat. 2. Sangat sensitif dan mudah tersinggung. 3. Banyak makan. 4. Kurang tidur. 5. Bersikap gegabah dan melakukan kegiatan yang berisiko. 6. Bercakap dengan sangat cepat dan mengubah topik pembicaraan dari satu topik ke yang lainnya. 7. Mengalami penurunan kemampuan untuk melakukan penilaian atau membuat suatu keputusan. 8. Dapat melihat hal-hal aneh dan mendengar suara-suara misteri . Depresif : Tanda & gejala gangguan bipolar – . 1. Berasa sangat bersedih dan kehilangan harapan pada jangka waktu yang panjang. 2. Kehilangan minat dalam melakukan kegiatan harian. 3. Makan lebih sedikit. 4. Rasa ngantuk dan malas. 5. Berasa terlalu sadar diri dan minder. 6. Susah fokus. 7. Ada niat atau terfikir untuk bunuh diri. . Hal-hal di atas terjadi beberapa kali setahun atau bahkan setiap minggu. Harap hubungi doktor apabila anda dan orang yang anda sayangi menunjukkan gejala yang telah disebutkan di atas. . #AydaJebat #Cindai #CindaiReihana #BipolarDisorder #JSPictures #BetterThanYou #KuIdamkanBahagiaKuPendamkanDuka

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

Cindai, sebuah drama rantaian terbitan JS Pictures arahan Jinggo, dibintangi oleh Ayda Jebat, Catriona Ross, Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Niezam Zaidi, Fatin Afeefa dan Raysha Rizrose dan ditayangkan melalui slot Samarinda TV3 sejak 23 Disember lalu. 

Lagu nyanyian Ayda iaitu ‘Better Than You‘ turut dipilih menjadi runut bunyi bagi drama tersebut. 

 

Kredit Foto: Instagram @aydajebat