Pelakon sensasi, Atikah Suhaime menimbulkan tanda tanya sama ada dia sedang berbicara tentang bekas tunangnya, penyanyi Awi Rafael apabila meluahkan perasaan menerusi Instagram (IG) Story beberapa jam lalu.

“Untuk mereka yang merasakan diri terperangkap dalam situasi yang gelap, jangan takut untuk keluar dari keadaan itu.  Sama ada perhubungan cinta, atau persahabatan atau persaudaraan sekali pun, belajar untuk katakan tidak.

“Saya pernah terperangkap dalam situasi seperti itu awal tahun lalu. Apabila saya mencari kejujuran, keadaan menjadi bertambah buruk,” kongsi Atikah di IG storynya itu. 

 

Umum mengetahui, Atikah dan Awi sepatutnya mendirikan rumahtangga pada 17 Mac yang lalu, tetapi perkahwinan itu dibatalkan pada saat-saat akhir. 

Baca: Tiga Hari Menuju Perkahwinan, Awi Rafael & Atikah Suhaime Umum Kejutan!

Baca: Batal Perkahwinan, Awi Rafael Cipta Lagu Untuk Atikah Suhaime?

Pendedahan Atikah itu sudah tentu membuatkan netizen mengaitkan Awi sebagai individu yang dimaksudkan kerana mereka sudah hampir mendirikan rumah tangga sebelum semuanya dibatalkan tiga hari sebelum tarikh pernikahan. 

Apa-apapun, semoga Atikah atau nama penuhnya Nur Atikah binti Mohd Suhaime mahupun Awi mendapat sinar bahagia yang baru dengan pilihan hati mereka selepas ini. 

Pelakon Poskad Dari Alhambra itu pernah menjadi buah mulut netizen apabila rakamannya dengan satu stesen radio mengatakan Atikah tidak kisah jika pasangannya boroi asalkan mempunyai kewangan yang kukuh. 

Baca: Lepas Tak Jadi Kahwin Awi Rafael, Atikah Suhaime Kini Idam Lelaki Perut Buncit?

Kredit Foto: Instagram @therealatikahsuhaime