Memandu atau mengunggang di atas jalan raya sememangnya menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan pengguna. Apa tidaknya, pelbagai perkara atau pembinaan yang membuatkan pengguna tidak habis berfikir akan kegunaannya.

Antara persoalan yang sering timbul di atas jalan raya ialah garisan berlingkar yang terdapat di sesetengah jalan raya terutamanya di kawasan luar bandar. Garisan tersebut juga boleh menyebabkan cengkaman tayar berkurangan ekoran garisan itu seakan-akan licin. Ianya menjadi ‘mimpi ngeri’ buat penunggang motosikal yang terdedah kepada bahaya tergelincir dan boleh menyebabkan kecederaan.

Jalan raya digunakan oleh banyak kenderaan tidak kiralah kenderaan ringan mahupun kenderaan berat. Disebabkan itu, jalan raya menjadi mudah rosak seperti keretakan yang juga boleh membahayakan pengguna. Untuk membaiki jalan raya seperti menurap keseluruhan kawasan yang terjejas, ianya sudah pasti memakan belanja yang banyak.

Disebabkan itu, garisan yang terdapat di atas jalan raya adalah berperanan untuk ‘mengikat’ keretakan yang berlaku di atas jalan raya seperti yang anda boleh melihatnya. Garisan hitam itu merupakan sejenis campuran polimer-asfalt berprestasi tinggi yang direka khas untuk membentuk ikatan yang cukup fleksibel untuk keretakan jalan raya tidak menjadi lebih teruk.

Sumber: How Stuff Works