Akibat menggunakan perkataan ‘janda’ apabila berbicara tentang penyanyi Elly Mazlein yang bakal berkahwin tidak lama lagi, pelakon Janna Nick dikecam netizen yang menyifatkannya sebagai kurang sensitif dan bermulut lancang, ketika mengacarakan program Melodi secara langsung, Ahad lalu. 

Justeru itu, apabila Janna terjatuh ketika mengendalikan program tersebut, netizen menganggap ianya balasan terhadap perlakuannya terhadap Elly yang ketika itu hadir sebagai tetamu undangan bagi mempromosikan drama komedi bersiri, Kampung People bersama-sama Rashid Ishak, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah. 

Baca: “Insiden Terjatuh Bukan Lakonan” – Janna Nick Jawab Dakwaan Berlakon Jatuh Ketika Live

Namun, Elly atau nama penuhnya Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi berkata dia tidak marah atau berdendam terhadap Janna mengenai insiden panggilan janda yang diberikan pengacara itu kerana percaya apa yang diungkapkan Janna hanyalah sekadar gurauan. 

“Tiada sekelumit dendam atau terbit perasaan marah terhadap Janna.

“Janna sudah saya anggap seperti adik sendiri.  Saya tahu apa yang dikatakan itu hanyalah sekadar gurauan semata-mata.  Saya tak ambil hati pun.  Lagipun dia sudah memohon maaf kepada saya sebaik program itu selesai,” katanya kepada Harian Metro dan berharap orang ramai tidak lagi marah dan menghentam Janna ke atas kekhilafannya itu. 

Elly yang bakal menamatkan zaman solonya lebih kurang 10 hari lagi mengakui berasa sedih untuk untuk meninggalkan gelaran ‘janda’ setelah sekian lama hidup sebagai ibu tunggal tetapi dia turut merasa teruja dan tidak sabar untuk memulakan kehidupan baru sebagai seorang isteri. 

Pengacara program Mentor Milenia 2019 itu juga meminta orang ramai supaya mendoakan semoga urusan pernikahan dipermudahkan. 

Kredit Foto: Instagram @iamellymazlein