Kecoh di laman media sosial apabila tularnya sebuah video lucah sejenis yang mirip seorang pelakon Malaysia, Ammar Alfian.

Berikutan kontroversi video seks yang tersebar luas itu, Ammar tampil menafikan dakwaan netizen dan turut membuat laporan polis di Balai Polis Ara Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 2 petang semalam.

Ammar sempat memuat naik sebuah posting di laman media sosial Instagram miliknya untuk menegakkan kebenaran dan mendedahkan hal sebenar di sebalik video tersebut. Lelaki dalam video tersebut tidak lain merupakan seorang bintang porno Columbia yang mempunyai jumlah pengikut sebanyak 28.9 ribu di Instagram.

Tatu yang terdapat pada tubuh bintang porno yang juga sama dengan tertuduh juga meneyebabkan netizen percaya aksi seks itu dilakukan oleh pelakon ini.

 

 
 

Ingin Bersih Nama

Menerusi sebuah video oleh Berita Harian, Ammar akui pernah berada dalam situasi yang sama. Namun, beliau ingin membersihkan nama kerana statusnya yang telah mempunyai isteri dan juga anak.

“Saya mengaku pernah berada dalam situasi yang sama, tetapi dengan status sekarang yang sudah berkahwin dan ada anak saya fikir elok ditegakkan kebenaran. Saya tak takut atau gentar kerana berada di pihak betul. Saya mahu anak tahu biarpun dia masih belum faham sekalipun, bahawa bapanya bukan penakut,” katanya.

 

Tidak Sangka Isteri Percaya Bulat-Bulat

Ammar juga tidak menyangka isterinya, Nelissa Nizam yang ketika itu berhadapan dengan masalah rumah tangga turut percaya 100 peratus sehingga dia tidak dapat berjumpa dengan anaknya, Kyro Shakur yang berusia 8 bulan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya masih menyiasat kes itu sebelum mengambil tindakan lanjut termasuk memanggil saksi bagi membantu siasatan.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Untuk maklumat lebih lanjut, lihat video di bawah.

 

Sumber: Youtube Berita Harian Online

Sumber: Berita Harian, Instagram Ammar Alfian.