Jarang-jarang sekali penyanyi rap tanahair, Aman Ra memuat naik foto keluarganya di laman media sosial seperti Instagram (IG) tetapi sempena hari jadi isterinya, Aman berkongsi wajah isteri beserta ucapan selamat hari lahir menerusi satu entri di IG miliknya @amanracom.

“Impiannya adalah untuk menjadi ibu terbaik di dunia. Impian lelaki adalah untuk menjadi ayah terbaik di dunia. Pada waktu terluang, mereka, mereka bersama-sama melalui cabaran di dalam kehidupan.

“On tak on? Senyum. Saya cinta kamu. Selamat hari lahir cinta!” tulis Aman sebagai kapsyen. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Aman atau nama sebenarnya Aman Jamaluddin (33) teruja apabila pelantun lagu Bangun itu berkongsi wajah wanita yang berjaya mencuri hatinya dan menjadi suri dalam hidup Aman yang dikenali sebagai Atikah.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ratu Raiqa dan Tuah Khalifa. 

View this post on Instagram

TUAH KHALIFA BIN AMAN.

A post shared by Aman RA (@amanracom) on

View this post on Instagram

RATU RAIQA BINTI AMAN. ❤️

A post shared by Aman RA (@amanracom) on

Terdahulu, Aman pernah dikecam kerana dikatakan cuba menyorok status perkahwinannya kerana takut kehilangan peminat. 

Apa-apa pun, jangan lupa sokong Aman Ra yang akan mempertaruhkan lagu ‘Bangun’ pada malam Anugerah Juara Lagu ke-34  yang akan berlangsung di Axiata Arena pada 9 Februari ini! Tiket masih boleh didapati di myticket.asia