Tak habis-habis penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura ni buat hal. Kes di mahkamah pun belum selesai, dan baru-baru ini aksinya bergaduh di luar sebuah restoran di Kota Singa sambil membaling kerusi dan menunjukkan alat sulit juga masih segar dalam ingatan netizien, Aliff Aziz cari pasal lagi.

Baca: Asyik Dikecem Netizen…Aliff Aziz Beri Peringatan?

Pengguna Twitter Pio_Dhurjana menerusi laman sosial Twitternya telah memuat naik  video yang menunjukkan Aliff dikejar dan dipukul oleh seorang lelaki di kaki lima sebuah restoran. 

Aliff yang kelihatan memakai singlet putih dan seluar pendek berwarna biru dikejar sehingga terjatuh dan ditumbuk bertubi-tubi sebelum pergaduhan dileraikan oleh orang ramai. Di dalam video tersebut, jelas kelihatan tatoo di belakang badannya. 

 

Menerusi satu lagi video yang dimuat naik @pio_dhurjana, Aliff difahamkan berada dalam keadaan mabuk dan telah menimbulkan kekecohan di tempat awam sebelum di halau. Bekas suami kepada Bella Asatillah itu juga kelihatan meninggalkan premis dalam keadaan terhuyung hayang sambil dipimpin temannya. 

Menjengah ke ruangan komen, netizen seperti tidak terkejut dengan perangai Aliff yang tidak lekang dengan kontroversi itu dan mendoakan agar dia berubah. 

Kredit: Twitter @pio_dhurjana