Siri Animasi Popular di Malaysia iaitu Alif & Sofia kini  melebarkan sayap ke Indonesia.

Alif & Sofia kini di saluran rasmi Youtube 

Produk dan karya animasi Malaysia semakin mendapat tempat di hati para peminat Indonesia. Terbaru, siri animasi kanak-kanak popular iaitu Alif & Sofia yang diterbitkan oleh Primeworks Studios dan Blindspot Studios kini mengorak langkah jauh dengan menampilkan versi bahasa Indonesia di saluran rasmi Youtube siri animasi itu sejak 28 Februari lalu.

Episod baru Alif & Sofia dalam bahasa Indonesia kini boleh ditonton pada setiap Jumaat, jam 5 petang waktu tempatan di saluran YouTube www.youtube.com/alifsofia.

Dapatkan buku Alif & Sofia di pasaran Indonesia

Dalam pada itu, Alif & Sofia turut menerbitkan buku berjudul Ayo, Shalat! yang diturut diterbitkan dalam bahasa Indonesia. Sambutan hangat yang diterima daripada peminat di Big Bad Wolf Indonesia menjadikan buku tersebut laris dijual dalam hanya masa tiga hari. 

Majlis pelancaran versi bahasa Indonesia itu diadakan sempena bazar buku terbesar, Big Bad Wolf (BBW) Jakarta 2020 di Indonesia Convention Exhibition (ICE) di Tangerang, Jakarta, Jumaat lalu.

Ia berlangsung sehingga 16 Mac ini dan dibuka 24 jam sehari. Selain Jakarta, ia juga diadakan di Surabaya, Medan, Bandung, Semarang dan Yogyakarta.