Salah satu anggota daripada kumpulan K-Pop terkenal iaitu TWICE Tzuyu kini dikatakan dalam proses kuarantin selepas pulang dari rumah ibu bapanya di Taiwan!

Memetik laporan Allkpop, Tzuyu diarahkan pihak berkuasa Taiwan supaya melalui proses kuarantin selama 14 hari di kediamannya. Tzuyu yang merupakan salah seorang daripada sembilan anggota kumpulan TWICE dilaporkan tiba di Taiwan pada 3 Mac.

Sementara itu, ibunya Huang Yen Ling pada masa sama memberitahu bahawa Tzuyu kecewa kerana tidak dibenarkan untuk keluar dari rumah selama dua minggu. Tzuyu memberitahu keadaan terkininya menerusi akaun rasmi media sosial Instagram TWICE semalam.

 

 

Ikut Arahan Yang Disarankan Polisi Kerajaan Taiwan

Kata Tzuyu dia berada dalam keadaaan baik dan mengikut arahan seperti yang disarankan polisi pihak kerajaan Taiwan.

“Saya benar-benar seronok sekarang harap anda semua jangan bimbang. Saya tidak memasak atau melakukan perkara yang lain, oh jadi apa khabar anda semua? Saya harap dapat bertemu dengan peminat semua tidak lama lagi,” tulisnya.

 

Tzuyu sebelum ini telah mendermakan sebanyak AS$42,000 (kira-kira RM180,000) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di Korea Selatan. Harapnya tiada perkara buruk berlaku kepada Tzuyu dan anggota lain.

Stay safe Tzuyu!