Al-Fatihah..

Dunia hiburan sekali lagi dikejutkan dengan pemergian pelakon kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair. Ashraf Sinclair merupakan suami kepada penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari.

 Ibu sahkan kematian

Menurut Mstar, berita pemergian Ashraf telah disahkan sendiri oleh ibunya Khadijah Abdul Rahman di aplikasi Whatsapp. 

Meninggal kerana serangan jantung

Ashraf dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung dan dipercayai menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.40 pagi Selasa.  Ashraf Sinclair meninggalkan balunya, Bunga Citra Lestari bersama seorang anak berusia 10 tahun bernama Noah Aiden Sinclair. 

Difahamkan, jenazah Ashraf masih berada di sebuah pusat perubatan di Jakarta. Takziah kami ucapkan buat keluarga Ashraf. Semoga Allah mencucuri rahmat beliau.