“Mereka sudah hadir bersemuka seperti yang saya mahukan dan menerusi rakaman percakapan, kedua-dua individu itu mengakui kesilapan menulis komen sedemikian di akaun Instagram serta Facebook saya.

“Saya berharap permohonan maaf yang dibuat itu ikhlas dan mereka tidak mengulanginya lagi.  Biarlah perkara ini menjadi pengajaran kepada semua,” kata Rita kepada wartawan apabila ditemui di Balai Polis Mutiara Damansara baru-baru ini.

Terdahulu pelakon tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara pada 21 Oktober lalu terhadap individu yang telah meninggalkan komen yang dianggap keterlaluan apabila mempertikaikan status sah kedua-dua anak kandungnya di laman sosial.

Baca: Minta Maaf Atau Jumpa Di Mahkamah…Rita Rudaini Bagi Amaran!

Menurut laporan BH Online, kedua-dua individu yang tampil bersemuka dan memohon maaf terhadap Rita ialah Ahmad Najib Mat Arif (38) yang menggunakan akaun instagram @ahmadsan81 dan Hafidz Ahmad Mustaffa (39). 

Walau bagaimanapun, Rita berkata dia akan mendapatkan nasihat peguamnya, Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan sama ada mahu meneruskan tindakan undang-undang terhadap dua individu berkenaan atau sebaliknya. 

Menurut Rita, siapa lagi yang akan mempertahankan anak-anaknya kalau bukan diri sendiri. 

“Bukan saya juga yang merasa sakit, seluruh keluarga saya yang berkongsi darah daging dengan mereka turut merasa pedih…jadi dengan sehabis kudrat nyawa saya perjuangkan… Terima kasih yang mendoakan…Mommy love you @airitryan727 @airitqaqa727, kerana kamu lah mommy dapat merasa menjadi ‘ibu’..”tulis Rita di dalam entri instagramnya hari ini. 

Sumber: Instagram @ritrud727