Pelakon, model dan pengacara, Ain Edruce kini cuba berjinak-jinak di dalam bidang nyanyian pula apabila mempertaruhkan singlenya yang berjudul Overthink, percubaan pertamanya sebagai penyanyi yang juga merupakan kolaborasi bersama personaliti YouTube, Akwa Ariffin yang dilancarkan pada 1 Januari 2020.  

 
 
 
View this post on Instagram

You guys ready for this 🔥🔥🔥 #overthink. Standby kat youtube ain esok okay. 😝😝😝😝

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) on

Lagu ciptaan Akwa itu mengisahkan tentang kerisauan wanita terhadap pasangan mereka yang sukar untuk memaklumkan aktiviti dan perkembangan semasa mereka dan tabiat yang sering memikirkan perkara bukan-bukan ini menjadikan wanita ‘stress’. 

Pelakon Kekasih Paksa Rela itu tidak menyangka ramai wanita yang merasakan perkara itu dekat di hati mereka dan mereka boleh ‘relate‘ dengan lagu Overthink yang dirakamkan Oktober tahun lalu. 

“Saya terima maklum balas single Overthink cukup dekat dengan hati wanita.  Perkara ini benar-benar terjadi, bukan saya sahaja yang mengalaminya apabila berfikir berlebihan mengenai pasangan. 

“Misalnya, ketika saya bercinta dengan suami, dia susah hendak beritahu di mana dia berada atau sedang buat apa sehinggakan saya terfikir bukan-bukan. 

“Rupa-rupanya, situasi ini iaitu apabila suami atau kekasih tidak maklumkan perkembangan atau perkara yang sedang dilakukan, dialami ramai wanita,” katanya kepada BH Online. 

Ain atau nama sebenarnya Nurulain Ar Edruce yang baru sahaja pulang dari berbulan madu di Dubai bersama suaminya, Amirul Hafiz berkata dia merakamkan Overthink secara suka-suka sahaja dan tidak menyangka percubaannya sebagai penyanyi mendapat sambutan peminat, lebih-lebih lagi dalam lagu ini Ain cuba menyanyikan rap!

Baca: Salt Bae Lengkapi Bulan Madu Ain Edruce!

Menyeru agar kaum lelaki tidak ambil mudah tentang perkara ini, Ain berharap mereka sedar yang bukan niat wanita untuk mengongkong pasangan cuma, cukuplah sekadar memberitahu mereka di mana supaya pasangan tidak berfikir yang bukan-bukan. 

“Wanita cuma berharap pasangan memaklumkan apa yang sedang dibuat apabila berjauhan.  Mudah sahaja, layangkan WhatsApp dan beritahu keadaan. 

“Bukanlah teman wanita hendak menyibuk, kita cuba mahu teman lelaki atau suami berada dalam keadaan baik dan tahu apa yang sedang dibuat. 

“Masalahnya, apabila pasangan ambil mudah, mulalah wanita fikir bukan-bukan sampai jadi tertekan,” kata Ain lagi.

Sekadar info, Ain mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya Amirul Hafiz Mustaffa (26) pada 13 Disember 2019. 

https://youtu.be/JR19ydCPyBU