Kemunculan BCL pada konsert pertama beliau semalam yang bertempat di Friday Fusion, SQ Quarter Dome, Cilandak, Jakarta Selatan pada Jumaat nyata memberi kejutan dan sambutan yang hangat oleh peminat beliau sebagai tanda sokongan mereka kepada penyanyi kesayangan ramai ini.

Bukan itu sahaja, BCL juga turut ditemani teman rapatnya iaitu penyanyi popular menerusi lagu Terima Kasih Cinta, Afgan dan Vidi Aldiano. 

” Disini ada Vidi Aldiano dan Afgansyah Reza, saya pun tidak tahu mana antara mereka yang mahu membantu saya pada malam ini untuk sama-sama menyanyikan lagu Aku Dan Dirimu” Ucap BCL  pada malam konsert tersebut.

BCL akui perlukan bantuan 

Sumber : Instagram

Menurut BCL yang sempat memberi sedikit ucapan sebelum mula menyanyikan lagu tersebut, beliau akui memerlukan bantuan untuk menyanyikan lagu Aku Dan Dirimu iaitu lagu duetnya bersama Ari Lasso.

Bagi memeriahkan lagi malam konsert berkenaan, Vidi dengan nada bergurau mengatakan beliau sendiri tidak tahu kalau lagu Aku Dan Dirimu itu milik BCL kerana menurutnya lagu itu adalah lagu Ari Lasso.

“Mereka ini bergurau kerana tidak mahu saya merasa sedih dan menangis terus” Kata BCL.

Dan, bagi meneruskan lagi konsert pada malam tersebut, Bunga akhirnya bergandingan bersama Afgan dan Vidi menyampaikan lagu Aku dan Dirimu.

Malah, Afgan juga sempat berkongsi dilaman insta story miliknya dengan mengatakan kehadirannya itu adalah untuk memberi sokongan buat BCL.

Sumber : Instagram @afgansyah.reza

“We ‘re here for you, nge!” Tulis Afgan menerusi muat naiknya dilaman sosial semalam.

Afgan juga menyifatkan Bunga sebagai wanita kuat dan kental yang pernah beliau kenali.

Sumber : Instagram @afgansyah.reza

 “One of the strongest women i’ve ever known. Proud of you Nge. We love You!” Tulisnya menerusi insta storieyang dimuat naik semalam.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Λ F G Λ N I S M E I D (@afganismeid) on